BENGKUNG MODEN





BENGKUNG ALLIN'S (TRADITIONAL CORSET)
Jenis zig zag -RM60.00 with storage Box + FREE postage)
Jenis riben -RM60.00 with storage Box+ FREE postage) 

Penggunaan Bengkung telah digunakan secara tradisi sejak berzaman dan kebanyakkan Bengkung kain digunakan oleh wanita selepas bersalin (secara normal) ketika dalam pantang bertujuan untuk mengempiskan perut, mengelakkan perut mengelambir, merampingkan pinggang dan pinggul setelah ia mengembang sewaktu hamil. 

Bengkung Allin’s (Traditional Corset)  diperbuat daripada kain kasa belacu lembut dan selesa untuk dipakai dan direka khas bagi tujuan menutup seluruh kawasan perut bermula bawah payudara sehingga ke pinggul. Ia juga cukup kemas tanpa masalah ia beralih, berlipat dan berkumpul di perut. Boleh dipakai sendiri oleh ibu yang bersalin mengikut ketat yang diingini tanpa mengganggu pergerakan.

Kegunaan
  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  • Menaik dan membentuk kembali punggung.
  • Mempercepatkan perut terasa penuh bagi mengelakkan terlebih makan.
  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
Maklumat Tambahan
  • Dijahit   kemas dan tahan untuk penggunaan yang lama.
  • Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh. Sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
  • Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut
  • Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  • Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakkan.
  • Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan masa berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsingan
 Penggunaan
  • Setelah menyapu gel pelangsingan atau losyen pati halia di bahagian perut, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala ke depan dengan punca tali berada di bawah.
  • Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
  • Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan di bahagian bawahnya.
  • Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga di lubang kedua atas yang bertentangan (menjadi ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
  • Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung.
  • Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.
  • Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat jahitan.


Read more...