TERMA & SYARAT


1. Barang-barang yang telah dibeli tidak boleh di kembalikan atau ditukar akibat kesalahan pembeli sewaktu membuat pembelian. 

2. Pihak penjual tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan barangan akibat oleh kecuaian individu sewaktu mengendalikannya.

3. Untuk ubatan dan persediaan tradisional, keberkesanan produk adalah bergantung kepada respons/antibodi atau tindakbalas setiap individu. Sekiranya penyakit berlarutan, sila dapatkan rawatan yang berkaitan.

4. Barang yang dihantar kebiasaannya akan diterima dalam masa 1-3 hari bekerja menggunakan perkhidmatan Pos Laju/Courier Sky Net, 3-5 hari bekerja untuk Pos Express/Pos Daftar.

5. Jika barang yang diterima rosak, sila maklumkan melalui email dalam masa 3 hari daripada tarikh penerimaan barang, jika tidak, sebarang tuntutan tidak akan dilayan. Bagi barang yang tidak dituntut oleh pembeli dan disimpan lama di pejabat pos/pejabat courier, kemungkinan besar barang tersebut akan mengalami kerosakan, jadi pihak kami tidak harus dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan diatas kerosakan yang berlaku dan diluar bidang kuasa Alinda Enterprise (allincorner).

6. Sila pastikan alamat yang digunakan untuk penghantaran barang ada penerima dan barang yang tidak dituntut pada tarikh penghantaran akan dikembalikan semula ke Pejabat Pos/Pejabat Courier dan pembeli perlu mendapatkan barang tersebut di pejabat berkenaan.

7. Sila dapatkan tracking no. dari pihak Alinda Enterprise (allincorner) jika ingin membuat semakan status penghantaran.

8. Terma dan syarat-syarat akan berubah mengikut budibicara pihak Alinda Enterprise (allincorner) tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada pembeli. Dengan membeli barangan di allincorner, maka anda telah bersetuju dan paham dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan.


Read more...