TUNGKU HERBA TRADISI

 AMALAN BERTUNGKU SECARA MODEN @ TRADITIONAL

Sebenarnya amalan bertungku mempunyai banyak kebaikan. Antaranya bertungku elok untuk membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

Terdapat tiga kaedah bertungku. Tungku refleksologi yang menggunakan batu, bertungku dengan cara Tungku Moden atau Tungku Herba. Tungku batu atau tungku moden diletakkan ditapak kaki kerana tapak kaki merupakan pintu kepada organ-organ penting badan kita. Dengan meletakkan tungku pada tempat yang betul ia dapat merawat rahim dam organ bdan yang lain.

Kebiasaanya, amalan bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan waktu petang sebelum mandi selama 45 minit. Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah sehingga luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku
Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Bahagian badan yang perlu ditungku ialah sekita bahagian buah dada  secara perlahan-lahan supaya peredaran darah lancar dan mengalir dengan baik disamping membantu pengeluaran susu ibu, dimana kebiasaanya bagi ibu yang baru melahirkan akan mengalami bengkak di bahagian sekitar buah dada.
Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin dibahagian perut dan ulu hati, kemudian beralih kebahagian ketiak kanan dan kiri dan beralih ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.  Adalah dinasihatkan berada didalam keadaan berbaring sewaktu bertungku.

Dibahagian tengkuk, bertungku dilakukan engan meletakkan tungku dibawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah dibahagian kepala dan leher.

Dibahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagin betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir iaitu tapak kaki, dimana kedua-dua kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang.

Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah pada waktu pagi, iaitu sebelum matahari naik dan pada waktu petang. Bertungku juga boleh dilakukan sewaktu badan tersa sejuk-sejuk, kebas atau terasa tidak selesa akibat perjalan darah yang tidak lancar.


TUNGKU HERBA - RM40.00+FREE POST

Bertungku Segarkan Badan <<<< click for info

Di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, yang menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik terutamanya bagi ibu yang baru lepas bersalin.

Tungku Herba- Allin’s dibungkus menggunakan kain cotton yang mengandungi campuran herba seperti halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan lain-lain. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai yang mengetahui khasiat `bertungku` tetapi sukar hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, dan sebagainya.

Kegunaan :
• Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim dan melancarkan pengeluaran darah kotor.
• Berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah dan ringkas.
• Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah.

Kaedah pertama:
• Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
• Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 10 - 15 minit (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki)
• Keluarkan pek tungku herba. Pek Tungku Herba yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.
• Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama di bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
•setelah tungku sejuk ulang cara bertungku yang sama.
• Rawatan bertungku disyorkan dilakukan pada waktu pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga habis tempoh berpantang.

Kaedah kedua :
Tungku herba boleh juga dipanaskan menggunakan seterika dengan menekap permukaan tungku herba di bahagian permukaan seterika. Apabila cukup panas (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki) tuam pada bahagian perut . Keringkan dan simpan didalam peti sejuk untuk ketahanan jangka panjang. Boleh digunakan untuk tempoh yang lama.



Read more...